Apa yang anda perlu lakukan kepada bayi yang baru lahir?
 
Bayi yang baru lahir perlu diberikan susu ibu secara eksklusif iaitu bayi hanya diberi susu ibu sebagai nutrien lengkap untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum dari lahir hingga berusia enam bulan. 
 
Tiada makanan atau minuman lain diberikan kepada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
 
Imunisasi juga mesti diberi mengikut jadual bermula dari lahir sehingga berusia 18 bulan. 
 

Makanan pelengkap

Makanan pelengkap diperkenalkan apabila bayi berusia enam bulan di samping menyusu susu ibu sehingga berumur dua tahun. Hal ini kerana bayi memerlukan makanan tambahan untuk kekal “kenyang” dan yang paling utama ialah dapat membekalkan nutrien yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan tumbersaran bayi.


Makanan pelengkap
Rajah 7: Pelbagai jenis makanan pelengkap



1000 hari pertama kehidupan: Tahun kedua anak sihat

Tabiat pemakanan yang sihat perlu  dibina pada peringkat awal kanak-kanak. Justeru kanak-kanak berusia 1-2 tahun ini perlu mengambil makanan yang mengandungi protein, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan susu tanpa gula serta menghadkan pengambilan lemak tepu dan gula. Amalan pemakanan sihat ini menjamin perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak dan menjauhi risiko penyakit seperti obesiti. 
 
Kajian menunjukkan kanak-kanak berusia 1-2 tahun yang berlebihan berat badan akan menghadapi masalah berat badan berlebihan ketika berusia 12 tahun sebanyak lima kali ganda daripada yang mempunyai berat badan ideal.

Anak memilih makanan