Panduan Diet Malaysia 2020
Panduan Diet Malaysia 2020 disasarkan kepada golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun. Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 mesej utama.
Piramid Makanan Malaysia 2020 dalam bentuk bergambar digunakan sebagai terjemahan Panduan Diet Malaysia 2020 bagi memudahkan rakyat Malaysia memahami dan mengamalkan pemakanan sihat.
Mesej utama Panduan Diet Malaysia 2020
- Mesej utama 1
Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan sajian seperti Piramid Makanan Malaysia 2020.
Rajah 2: Piramid Makanan Malaysia 2020 |
- Mesej utama 2
Capai dan kekalkan berat badan yang sihat.
Kira BMI anda menggunakan formula berat (kg) bahagi (tinggi x tinggi dalam meter).
Rajah 3: Kategori BMI bagi orang dewasa |
- Mesej utama 3
Aktif secara fizikal setiap hari.
Jadikan 10 000 langkah sehari sebagai sasaran.
Rajah 4: 1000 langkah |
- Mesej utama 4
Masak makanan berkhasiat lebih kerap di rumah dan pilih makanan yang sihat apabila makan di luar.
Masakan sihat:
- Kukus
- Rebus
- Sup
- Bakar
- Panggang
Rajah 5: Contoh hidangan sihat |
- Mesej utama 5
Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah.
Rajah 6: Kumpulan sayuran dan buahan |
- Mesej utama 6
Makan secukupnya nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian iaitu 3-5 sajian.
Rajah 7: Kumpulan bijirin dan karbohidrat |
- Mesej utama 7
Makan ikan, daging, ayam, telur dan legum dalam jumlah yang sederhana.
Ikan: 1 sajian
Ayam/telur/daging: 1-2 sajian
Legum: 1 sajian
Rajah 8: Kumpulan protein |
- Mesej utama 8
Ambil susu dan produk tenusu secukupnya mengikut saranan iaitu 2 sajian.
Rajah 9: Kumpulan susu dan produk tenusu |
- Mesej utama 9
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan hadkan pengambilan lemak tepu.
Rajah 10: Makanan yang tinggi lemak dan lemak tepu |
- Mesej utama 10
Pilih dan sediakan makanan yang kurang garam, sos dan perisa tambahan.
Rajah 11: Petua kurangkan garam semasa memasak |
- Mesej utama 11
Hadkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman.
Rajah 12: 7 langkah bijak mengurangkan pengambilan gula |
- Mesej utama 12
Minum banyak air (6-8 gelas air kosong) setiap hari. 1 gelas adalah 250ml.
Rajah 13: 6 kebaikan minum air kosong |
- Mesej utama 13
Makan makanan dan minuman yang selamat dan bersih.
Rajah 14: 5 kunci keselamatan makanan |
- Mesej utama 14
Guna maklumat pemakanan pada label secara efektif.
Rajah 15: Ada apa pada label? |
Kesimpulan:
Peningkatan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia amat mebimbangkan. Oleh itu diharap 14 mesej utama panduan diet Malaysia 2020 dapat membantu para pembaca untuk mengamalkan gaya hidup sihat supaya menghalang diri daripada menghidap penyakit kronik yang tidak berjangkit dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup anda sekeluarga.
Rujukan: Bahagian Pemakanan KKM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan