Pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil: Anak sudah mula makan
Pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil dalam tempoh dari lahir sehingga umur 2 tahun amat penting kerana pertumbuhan dan perkembangan fizikal sedang berlaku.
Amalan pemakanan yang tidak sempurna mewujudkan masalah kesihatan seperti kekurangan zat makanan atau kegemukan (obesiti).
Jika anda ingin anak mencapai pertumbuhan dan tumbesaran optimum, anda sebagai ibu digalakkan menyusui anak secara ekslusif dari lahir sehingga umur enam bulan dan diteruskan sehingga umur dua tahun.
Pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil: Makanan pelengkap
Makanan pelengkap diperkenalkan kepada anak apabila berusia enam bulan. Makanan pelengkap hanya tambahan kepada susu ibu di mana ia membantu anak anda memperoleh zat yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya.
Contoh makanan pelengkap seperti bubur, kanji, bijirin komersial, biskut, buah-buahan dan lain-lain.
Rajah 2 di bawah menunjukkan prinsip pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil.
Rajah 2: Prinsip pemberian makanan bayi dan kanak-kanak |
Makanan pelengkap yang sihat dan seimbang mengandungi pelbagai jenis makanan untuk membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral.
- Membekalkan tenaga:
Sumber karbohirat iaitu bijirin dan hasil bijirin seperti nasi, bubur, roti, ubi dan lain-lain.
- Membekalkan protein:
Susu, ikan, ayam, telur, daging dan lain-lain.
Rajah 4: Sumber protein |
- Membekalkan vitamin dan mineral:
Rajah 5: Sumber vitamin dan mineral |
Makanan pelengkap: Perlu mempunyai rasa sebenar makanan
Makanan pertama bayi berusia enam bulan perlu mempunyai rasa sebenar makanan sebagai contoh bubur nasi kosong. Apabila anak anda sudah terbiasa dengan rasa sebenar makanan, anak mudah untuk diperkenalkan rasa makanan baru terutama makanan sihat. Jika anda memperkenalkan puri buah yang mempunyai rasa manis, anak lebih cenderung untuk menolak rasa makanan baru terutama yang kurang manis serta berisiko untuk menjadi cerewet dalam memilih makanan.
Rajah 6: Perbandingan antara bubur nasi kosong dan puri buah |
Ciri-ciri makanan pelengkap (6 hingga 8 bulan)
Antara ciri-ciri makanan pelengkap bagi bayi berumur 6-8 bulan:
- Tekstur makanan: dikisar, dipuri, dilecek, separuh pejal
- Makanan perlu halus dan cukup pekat
- Tiada garam, gula dan perisa tambahan
Jadual 1 menunjukkan panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak mengikut umur.
Jadual 1: Panduan pemakanan bayi dan kanak-kanak mengikut umur |
Contoh menu makanan pelengkap
Rajah di bawah menunjukkan contoh menu makanan pelengkap dalam sehari sebagai panduan anda.
Rajah 7: Menu sehari bagi bayi berusia 6-8 bulan |
Rajah 8: Menu sehari bagi kanak-kanak berusia1-3 tahun |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan