Apa khabar para pembaca? Diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Maklumlah sekarang ada wabak Covid-19 yang melanda bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Moga kita semua berada dalam lindungan Allah s.w.t. amin...
Ini merupakan post pertama Wanie. Jadi untuk post ini Wanie ingin memperkenalkan blog Wanie kepada anda semua. Seperti sedia maklum blog ini diberi nama SIHAT DAN YAKIN. Sudah tentu semua boleh agak blog ini akan berkisarkan tentang perkara atau topik apa. Secara umumnya Wanie akan kongsikan dengan anda semua topik tentang pemakanan serta gaya hidup sihat dan topik ini akan menjadi fokus utama blog ini.
Namun begitu Wanie juga akan kongsikan maklumat tentang perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan supaya kita semua dapat lebih manfaat daripada blog ini.
Nama pena Wanie Mohd. Wanie mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti. Haa...sekarang anda semua tahu kenapa Wanie pilih topik pemakanan dan gaya hidup sihat ni. Jadi tak salahkan kalau nak kongsi ilmu yang kita ada. Antara tujuan blog ini selain berkongsi ilmu adalah seperti berikut:
- Mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat
- Membantu masyarakat mempertingkatkan kesihatan diri
- Menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat
- Menggalakkan masyarakat mengamalkan penjagaan kesihatan dengan cara yang betul
- Berkongsi tentang kehidupan untuk mewarnai blog ini
Wanie harap anda semua boleh amalkan apa-apa sahaja yang Wanie kongsikan di sini. Bak kata pepatah ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah. Maksudnya ilmu yang ada tidak memberi manfaat kepada kita atau orang lain. Rugila kan.
Jadi jangan lupa untuk ikuti blog ini. Nanti Wanie akan kongsikan maklumat menarik di post yang akan datang. Wanie dahulukan ucapan terima kasih kerana sudi membaca penulisan Wanie. Maaf jika penulisan tidak menarik seperti yang diharapkan. Wanie bukan orang sastera yang boleh menulis ayat-ayat berbunga. Tapi Wanie cuba untuk menulis dengan cara tersendiri yang boleh memberi kefahaman kepada anda semua itu yang lebih penting.
Jumpa di post akan datang.
Jom! Amalkan gaya hidup sihat.
Kesihatan kita tanggungjawab kita.