Kata-kata Hikmah

Memaparkan catatan dengan label Susu dan hasil tenusu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susu dan hasil tenusu. Papar semua catatan

MINUM SUSU SIHAT KE?

Adakah masyarakat Malaysia suka minum susu untuk sihat?

Kebiasaan masyarakat Malaysia mengurangkan pengambilan susu kanak-kanak apabila mereka menginjak ke usia persekolahan. Hal ini kerana pandangan ibu bapa yang mengatakan pengambilan susu harus diberhentikan semasa anak-anak di peringkat prasekolah. Hakikatnya kanak-kanak seharusnya minum susu 2 hingga 3 gelas setiap hari dan pengambilan susu harus diteruskan sehingga peringkat warga emas.


Minum susu 2 hingga 3 gelas sehari
Rajah 1: Saranan untuk minum susu 2-3 gelas 


Apa yang anda dapat apabila minum susu? 

Susu merupakan minuman yang kaya dengan pelbagai khasiat. Susu mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan seperti 

  • Kalsium
  • Magnesium
  • Fosforus
  • Vitamin A
  • Vitamin B
  • Vitamin D
Kalsium membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kanak-kanak diperingkat umur prasekolah masih dalam proses tumbesaran dan mereka memerlukan kalsium untuk pembentukan dan kekuatan tulang dan gigi.
 
Produk tenusu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.   Antara produk tenusu yang berada di pasaran ialah keju dan yogurt. Selain daripada susu, kalsium juga boleh didapati daripada sumber lain seperti di Rajah 2. 
 
Untuk pengetahuan anda vitamin D membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam usus dan mengekalkan kepekatan kalsium serta fosfat yang mencukupi dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan tulang. Antara sumber vitamin D adalah seperti di Rajah 3.

 

makanan yang kaya dengan kalsium
Rajah 2: Contoh-contoh makanan yang kaya dengan kalsium


makanan yang kaya dengan vitamin D
Rajah 3: Contoh-contoh makanan yang kaya dengan vitamin D


Jika kita tidak mengambil susu kemungkinan kita akan mengalami kekurangan kalsium di mana keadaan tersebut memberi kesan kepada kesihatan.

Tidak suka minum susu: Kesan kekurangan kalsium kepada kesihatan

Antara kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut

  • Menghalang kanak-kanak mencapai ketumpatan tulang maksimum.
  • Meningkatkan risiko penyakit tulang rapuh (osteoporosis) atau risiko kepatahan tulang yang serius pada peringkat dewasa.

 

Hasil kajian Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) (2013) menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan vitamin D manakala 1 daripada 20 orang mengalami masalah kekurangan nutrisi adalah sangat penting untuk mereka minum 2 sajian susu sehari untuk memastikan mereka mendapat khasiat yang diperlukan setiap hari.

 

Kepadatan tulang yang normal dan kurang padat
Rajah 4: Kepadatan tulang yang normal dan kurang padat


Berdasarkan kajian tersebut kita dapat lihat kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi atau zat makanan dan pengambilan susu membantu memenuhi keperluan nutrisi mereka. Oleh itu, Wanie kongsikan tips mendidik anak minum susu supaya dapat menggalakan mereka untuk minum susu dan membantu meningkatkan pengambilan susu dalam kalangan kanak-kanak.

 

Tips mendidik anak minum susu

  1. Jadikan minum susu sebagai amalan harian sama ada minum semasa sarapan atau sebelum tidur.
  2. Hidangkan susu yang berperisa untuk menarik minat kanak-kanak yang tidak menggemari susu.
  3. Jadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan yang mempunyai produk tenusu terutama untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah intoleransi laktosa supaya mereka mendapat khasiat yang mencukupi.
  4. Kongsikan kebaikan minum susu kepada kanak-kanak supaya mereka tidak jemu untuk minum susu setiap hari. 


Amalan minum susu perlu diteruskan sehingga peringkat warga emas
Rajah 5: Amalan minum susu perlu diteruskan sehingga peringkat warga emas


Kita disarankan untuk mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. Tetapi bagaimana cara untuk memenuhi saranan tersebut? Anda boleh lakukan perkara seperti di bawah.

 

Saranan pengambilan susu

Ambil susu dan produk tenusu setiap hari.

  • Tingkatkan pengambilan susu dengan menambah produk susu yang rendah kandungan gula ke dalam makanan atau minuman.
  • Tambahkan susu ke dalam oat, bijirin dan puding berbanding mengguanakan air.
  • Pilih produk tenusu berbanding krimer bukan tenusu.
  • Jika perlu menurunkan berat badan, susu dan produk tenusu yang rendah lemak adalah pilihan yang sihat. 
  • Gantikan susu pekat manis dan susu isian pekat manis dengan susu dalam bentuk cecair atau tepung.
  • Lebih baik guna susu tanpa perisa.
  • Tidak perlu tambah gula kepada produk tenusu yang sudah manis. 

 

Bagi yang tidak menggemari susu...

  • Tambah serbuk malt coklat semasa membancuh susu untuk menambahkan rasa sedap.
  • Tambahkan susu kepada adunan makanan atau kuih.
  • Tambahkan susu semasa menyediakan jus atau puding.

 

Bagi yang tidak boleh minum susu atau mengalami toleransi laktosa...

  • Boleh ambil produk susu atau tenusu tanpa laktosa.
  • Boleh ambil produk tenusu separa cerna seperti yogurt dan yang diperkaya dengan kalsium.

 

Susu coklat
Rajah 6: Susu coklat

 

Puding roti yang menggunakan susu
Rajah 7: Puding roti yang menggunakan susu

 

Kesimpulan:

Susu adalah minuman yang berkhasiat kerana mengandungi vitamin dan mineral tertentu yang diperlukan oleh tubuh kita. Pengambilan susu membantu mengurangkan risiko kekurangan vitamin dan mineral tersebut dan seterusnya membantu mempertingkatkan kesihatan diri. Oleh itu, wajarlah kita menggalakkan kanak-kanak minum susu supaya tabiat suka minum susu diterapkan dari usia muda lagi dan dapat diteruskan sehingga mencapai usia tua.

 

Rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia


Catatan Terbaru

BANGKITKAN TENAGA PAGI ANDA: 5 RESIPI MINUMAN YANG MENYEGARKAN UNTUK MEMULAKAN HARI

Adakah anda penat mencapai secawan kopi tambahan untuk memulakan pagi anda? Bagaimana jika mencuba sesuatu yang berbeza untuk memberi tenaga...

Catatan Popular