Kata-kata Hikmah

MENJAGA MAKAN DAN MINUM MENGIKUT RASULULLAH S.A.W

Pemakanan Sihat

Pemakanan sihat boleh didefinisikan sebagai amalan makan makanan yang memenuhi keperluan kalori dan nutrien badan seseorang. Keperluan tersebut berbeza bergantung kepada individu mengikut faktor-faktor berikut:

  • Jantina
  • Umur
  • Jenis pekerjaan
  • Aktiviti fizikal
  • Metabolisma badan

Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih. Namun, kita perlu mengutamakan kualiti makanan berbanding kuantiti dalam memilih makanan kerana kualiti sesuatu makanan mengundang manfaat atau keburukan terhadap kesihatan kita. Di samping itu, makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja mesti bersih bahkan mestilah daripada sumber yang halal.

 

Rasulullah s.a.w menyarankan beberapa adab menjaga makan dan minum di mana adab-adab tersebut mengandungi hikmah, menjaga kesihatan diri serta memberi keberkatan kepada kita.

Antara saranan rasulullah s.a.w dalam menjaga adab makan dan minum

  1. Membaca bismillah 
  2. Jangan makan dan minum berlebihan
  3. Makan makanan yang berzat dan berkhasiat
  4. Duduk dengan betul
  5. Jangan mencampurkan makanan yang boleh membawa kemudaratan
  6. Minum minuman yang berkhasiat
  7. Dilarang tidur selepas makan
  8. Jangan minum daripada bekas yang pecah dan bernafas ke dalam bekas minuman
  9. Jangan dihabiskan minuman dengan satu teguk
  10. Mengoyak-ngoyak dan memotong-motong makanan yang keras untuk memudahkan mengunyah
  11. Makanan bersih, suci dan halal
  12. Tidak makan makanan yang dipanggang atau disalai
  13. Tidak makan makanan yang disimpan lama atau diperhangatkan
  14. Melarang makan makanan atau minuman yang terlampau panas atau sejuk (ais)
  15. Makan di atas alas dan mengutip makanan yang terjatuh
  16. Tidak digalakkan makan makanan mentah atau yang berbau busuk sama ada kerana diperam atau pun membuatkan mulut berbau busuk
  17. Larangan menghisap rokok kerana memudaratkan diri
  18. Makan atau minum suatu yang memabukkan
  19. Makan secara berjemaah
  20. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang

 

Selain menjaga adab makan dan minum, rasulullah s.a.w mempunyai tatacara pemakanan baginda yang tersendiri. Berikut dikongsikan tatacara pemakanan rasulullah s.a.w. 

Tatacara pemakanan sihat rasulullah s.a.w

  1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
  2. Rasulullah s.a.w melarang meminum susu bersama cuka.
  3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
  4. Rasulullah s.a.w tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
  5. Rasulullah s.a.w memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.
  6. Nabi Muhammad s.a.w biasa memakan bijirin barli dan oat.
  7. Baginda juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
  8. Rasulullah s.a.w menggemari sayuran dari jenis mentimun.
  9. Baginda menggalakkan pengambilan madu.
  10. Nabi s.a.w sentiasa mengamalkan banyak meminum air.
  11. Nabi s.a.w melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
  12. Baginda juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
  13. Baca bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan.
  14. Nabi s.a.w juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan.
  15. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
  16. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri.
  17. Makan berjemaah bersama keluarga atau sahabat.
  18. Rasulullah s.a.w melarang meninggalkan makan malam.
  19. Elakkan kekenyangan sebelum tidur.
  20. Berpuasa selama sebulan pada bulan ramadhan.

 

Adakah anda tahu makanan apa yang rasulullah s.a.w suka makan?

Semestinya makanan yang baginda suka adalah yang berkhasiat dan memberi manfaat kepada kesihatan. Baginda lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buahan kerana corak pemakanan sebegini sihat seperti yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Antara makanan yang disukai baginda adalah seperti berikut: 

12 Makanan kegemaran rasulullah s.a.w

  1. Barli
  2. Kurma
  3. Buah tin
  4. Anggur
  5. Madu
  6. Tembikai
  7. Susu
  8. Cendawan
  9. Minyak zaitun
  10. Delima
  11. Sayur mentimun
  12. Minum banyak air

 

Rajah 1: Makanan Sunnah Rasulullah s.a.w

Dalam islam kita dituntut untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai contoh pemakanan sihat. Selain daripada menjaga pemakanan, kita juga perlu melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk memelihara kesihatan badan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang mukmin yang gagah adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah.”

(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w sendiri telah mengamalkan beberapa senaman dalam kehidupan baginda.

Amalan bersenam rasulullah s.a.w

  1. Berlari
  2. Menunggang kuda
  3. Memanah
  4. Berenang
  5. Memepelajari ilmu mempertahankan diri

Senaman memberi kebaikan kepada kesihatan diri. Rajah 2 menunjukkan faedah melakukan aktiviti fizikal secara konsisten.

 

Rajah 2: Faedah Melakukan Aktiviti Fizikal Secara Konsisten

Selain daripada bersenam, rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan beberapa perkara pada setiap waktu.

7 sunnah rasulullah s.a.w yang patut diamalkan

  1. Solat tahajjud
  2. Membaca al-quran
  3. Tidak tinggalkan masjid
  4. Jaga solat dhuha
  5. Jaga sedekah
  6. Jaga wudhuk
  7. Istighfar sepanjang masa


Rajah 3 di bawah menunjukkan cara-cara lain yang diamalkan oleh baginda dalam menjaga kesihatan.

 

Rajah 3: Cara Rasulullah s.a.w. Menjaga Kesihatan


Kesimpulan

Rasulullah s.a.w mempunyai cara tersendiri untuk memastikan baginda sentiasa sihat. Secara umumnya, penjagaan kesihatan baginda merangkumi beberapa aspek seperti pemakanan, aktiviti fizikal dan spiritual. Hal ini selari dengan definisi sihat iaitu satu keadaan yang sempurna baik jasmani, mental dan sosial tidak hanya bebas dari penyakit, kelemahan atau kecacatan (Organisasi Kesihatan Dunia). Oleh itu, kita boleh sihat dan insya Allah kekal sihat dengan mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w dalam aspek pemakanan, aktiviti fizikal dan spiritual di samping mendapat pahala serta keberkatan.

 

Rujukan: Buku Tips Sihat Menurut Sunnah Rasulullah s.a.w. Dikarang oleh Amina Noor. 2015.

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

BANGKITKAN TENAGA PAGI ANDA: 5 RESIPI MINUMAN YANG MENYEGARKAN UNTUK MEMULAKAN HARI

Adakah anda penat mencapai secawan kopi tambahan untuk memulakan pagi anda? Bagaimana jika mencuba sesuatu yang berbeza untuk memberi tenaga...

Catatan Popular