Kata-kata Hikmah

SENAMAN VS PEMAKANAN

Adakah senaman tidak membantu mengawal lemak dan kolesterol dalam badan?

Sudah bersenam tetapi jumlah kolesterol tetap tinggi!

Adakah anda berada dalam situasi di atas? Pernah terfikir kenapa situasi tersebut berlaku?

Wanie pernah ada satu persepsi yang senaman sahaja sudah memadai untuk mengurangkan lemak atau kolesterol dalam badan tetapi sebenarnya realiti tidak begitu. Situasi di atas boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika kita bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan. 

Sebelum Wanie bincangkan tentang senaman vs pemakanan, para pembaca perlu mengetahui maksud lemak dan kolesterol terlebih dahulu untuk memahami hubungan antara senaman dan pemakanan.

 

Apa itu lemak dan kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik. Kolesterol boleh dihasikan oleh badan dan juga boleh didapati daripada sumber makanan. Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu ‘baik’ dan ‘jahat’.

Kolesterol 'jahat'

Low Density Lipoproteins (LDL) dikenali sebagai kolesterol 'jahat' kerana mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri yang menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Penurunan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.


Kolesterol 'baik'

High density lipoproteins (HDL) juga dikenali sebagai kolesterol 'baik' kerana menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah.

 

Penjagaan pemakanan dan senaman perlu seiring.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap kolesterol. Hakikatnya, tahap kolesterol tidak bergantung secara eksklusif pada faktor usia sebaliknya bergantung kepada keturunan, faktor berat badan, gaya pemakanan dan kadar aktiviti fizikal atau senaman.

Senaman meningkatkan kolesterol 'baik' iaitu HDL dan menurunkan kolesterol 'jahat' iaitu LDL. Walaubagaimanapun, senaman sahaja tidak mencukupi untuk mengawal jumlah kolesterol dalam badan terutama kolesterol 'jahat' iaitu LDL. Hal ini kerana kita masih mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti makan makanan yang tinggi lemak atau kolesterol. Makanan tersebut menyebabkan kandungan LDL dalam badan akan tetap tinggi walaupun sudah bersenam.  

Salah satu kesan kolesterol tinggi adalah menyebakan penyakit kardiovaskular. Rajah 1 dan 2 di bawah menunjukkan risalah tentang penyakit kardiovaskular.

 

Tanda-tanda penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung
Rajah 1: Tanda-tanda penyakit kardiovaskular


 

Statistik faktor risiko, punca dan pencegahan penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung
Rajah 2: Statistik faktor risiko, punca dan pencegahan penyakit kardiovaskular

 

Kesimpulan

Kita memerlukan lemak atau kolesterol untuk menjalankan fungsi badan tertentu. Tetapi jika berlebihan akan memberi kemudaratan kepada kesihatan. Oleh itu, pengambilan lemak atau kolesterol harus dikawal dengan mengamalkan pemakanan sihat di samping kekal aktif.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

CARA MENINGKATKAN RUTIN KESIHATAN HARIAN ANDA: TIP PAKAR UNTUK MENGGABUNGKAN TABIAT BARU

Dalam kehidupan kita yang sibuk, mengekalkan gaya hidup sihat kadangkala boleh terasa seperti satu tugas yang sukar. Namun, meningkatkan rut...

Catatan Popular