Kata-kata Hikmah

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA

Piramid Makanan Malaysia 2020

Untuk pengetahuan anda semua Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerbitkan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang ni terbaru. Piramid Makanan terakhir diterbitkan pada tahun 2010, 10 tahun ye untuk menilai sama ada masih relevant atau perlu ditambah baik.

Semakan Piramid Makanan Malaysia 2020 mengambil kira perubahan corak dan status pemakanan rakyat Malaysia. Secara umumnya terdapat peningkatan penyakit tidak berjangkit di kalangan rakyat Malaysia seperti obesiti, diabetes dan hipertensi. Penyakit-penyakit ini selalunya berkaitan dengan faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Selain itu, Piramid Makanan Malaysia 2020 mengambil kira saranan pengambilan nutrien terkini untuk rakyat Malaysia.

Piramid Makanan Malaysia 2020 mensasarkan golongan yang berumur 18 hingga 59 tahun. Piramid Makanan ini juga berdasarkan saranan panduan diet Malaysia. Antaranya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan penting kerana dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan daripada penyakit manakala minum air yang banyak iaitu 6 hingga 8 gelas sehari membantu badan berfungsi dengan baik serta memastikan kesihatan yang baik. Kedua-dua saranan ini juga penting dalam menghadapi wabak Covid-19.


Piramid Makanan Malaysia bentuk segi tiga yang mempunyai 4 aras iaitu paling bawah kumpulan buah dan sayur diikuti kumpulan karbohidrat, protein, akhir sekali kumpulan lemak, garam dan gula
Rajah 1: Piramid Makanan Malaysia 2020



Piramid Makanan Malaysia
Rajah 2: Perbezaan Piramid Makanan Malaysia 2010 dan 2020

Gambar rajah di atas menunjukkan Piramid Makanan Malaysia 2020. Piramid Makanan Malaysia terdiri daripada 4 aras dan 5 kumpulan makanan. 

Aras paling bawah menunjukkan pengambilan terbanyak manakala yang teratas pengambilan paling sedikit. 

5 kumpulan makanan:

  1. Sayur-sayuran dan buah-buahan 
  2. Karbohidrat atau bijirin
  3. Protein (ayam, ikan, daging, telur dan kekacang)
  4. Susu dan produk tenusu
  5. Lemak dan garam 

Maklumat lanjut berkenaan kumpulan makanan tersebut di sini.


Apakah perbezaannya ❓

Terdapat perbezaan antara Piramid Makanan Malaysia 2020 dan 2010.


Kumpulan makanan yang berada di aras terbawah (pertama) dan aras kedua.

Piramid Makanan Malaysia 2020:

Aras pertama adalah kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan manakala aras kedua karbohidrat. 

Piramid Makanan Malaysia 2010:

Kedudukan 2 kumpulan makanan ini adalah disebaliknya. 

Ini menunjukkan bahawa saranan terkini untuk pengambilan makanan yang paling banyak adalah sayur-sayuran/buah-buahan dan diikuti oleh karbohidrat, protein, susu/hasil tenusu dan akhir sekali garam/lemak.


Saranan pengambilan air kosong.

Saranan pengambilan air kosong ditambah dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 iaitu sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. 1 gelas = 250ml.


Piramid Makanan Malaysia 2020 dapat memberi panduan kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang dalam usaha untuk menjaga kesihatan dan mengelak penyakit berjangkit seperti wabak Covid-19 mahu pun penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi serta penyakit jantung.

Piramid Makanan Malaysia juga menjadi rujukan dalam perancangan pengeluaran dan import makanan bagi  kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan sekuriti makanan dan pemakanan rakyat Malaysia. 


Jom❗ sama-sama amalkan pemakanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia 2020.

Kesihatan kita tanggungjawab kita 🧡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

BANGKITKAN TENAGA PAGI ANDA: 5 RESIPI MINUMAN YANG MENYEGARKAN UNTUK MEMULAKAN HARI

Adakah anda penat mencapai secawan kopi tambahan untuk memulakan pagi anda? Bagaimana jika mencuba sesuatu yang berbeza untuk memberi tenaga...

Catatan Popular