Post kali ini Wanie nak kongsi tentang budaya makanan di Malaysia. Makanan sangat dekat dengan manusia kerana kita memerlukan tenaga daripada makanan untuk melakukan aktiviti seharian.
Gambar hiasan |
Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum di mana faktor ini mempengaruhi budaya makan di kalangan rakyat Malaysia. Di Malaysia terdapat pelbagai versi tempat untuk mendapatkan makanan. Tempat-tempat ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan jenis makanan yang disediakan juga berbeza-beza antara satu sama lain.
1. Pusat penjaja, kedai kopi, kedai mamak.
Gerai penjaja dan kedai kopi
Tempat ini menyediakan makanan segera versi tempatan. Sebagai contoh, gerai penjaja dan kedai kopi menyediakan nasi, mi, nasi campur ekonomi, nasi ayam, kue tiau dan mi udang.
Kedai mamak
Menyediakan kuisin india muslim seperti roti (Asia Selatan), mi goreng, nasi dan lauk kari, kopi, teh, minuman malt.
2. Kedai kopi abad-21: Kopitiam moden.
Di sini kita dapat bersarapan tradisional kerana kedai ini menyediakan roti bakar dan kaya, telur, bubur nasi dan kopi. Selain itu juga terdapat hidangan tempatan dan barat yang popular.
3. Francais makanan segera.
Penggemar makanan barat akan selalu mngunjungi tempat ini kerana di sini mereka dapat menikmati makanan segera seperti burger, ayam goreng, kentang goreng, piza dan minuman berkarbonat. Makanan tersebut mengandungi tinggi protein, karbohidrat dan lemak serta garam. Makanan tersebut juga tidak seimbang kerana kurang sayur dan tiada buah-buahan.
4. Restoran.
Di sini menyediakan makanan tempatan dan antarabangsa. Kita juga boleh meminta hidangan yang lebih sihat.
5. Kedai makan lepak: Kafe dan kedai snek/dessert
Contohnya adalah kopi francais, kedai ais krim, kedai yogurt sejuk beku, kiosk teh bubble dan kedai mamak. Kedai jenis ini mendorong makan lewat malam kerana kebiasaannya orang pergi untuk melepak bukan untuk makan semata-mata.
Kesimpulan:
Salah satu faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan kita adalah tempat makan. Oleh itu, untuk mengamalkan pemakanan sihat kita perlu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan di tempat makan dan kurangkan mengunjungi tempat makan yang tidak meyediakan makanan sihat dan seimbang.
Kita boleh senaraikan makanan yang diambil mengikut waktu makan untuk mengetahui secara kasar sama ada kita mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang atau tidak. Selain itu, kita juga boleh mengetahui kuantiti makanan yang diambil secara kasar.
Waktu makan:
-Sarapan
-Makan tengahari
-Waktu minum teh
-Makan malam
-Makan lewat malam
Jika kita berada dalam kategori yang tidak makan secara sihat dan seimbang, sesuatu harus dilakukan. Ubah cara pemakanan secara berperingkat. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, garam dan gula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan