Tahukah anda Malaysia mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan pemakanan dan gaya hidup yang serius?
Apakah masalah kesihatan tersebut?
Okey...post kali ini akan menjawab 2 persoalan di atas.
Malaysia negara paling tinggi obes di Asia Tenggara
KKM memberitahu, jumlah itu mengatasi Brunei yang mencatatkan 14.1 peratus dan diikuti Thailand 10 peratus dan Indonesia sebanyak 6.9 peratus.
Menurut KKM, data tersebut diambil berdasarkan Laporan Semakan Populasi Dunia 2019.
Dalam pada itu, KKM juga memberitahu, menerusi Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019, kira-kira 50.1 peratus rakyat negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Berdasarkan data itu juga, satu dalam setiap dua rakyat dewasa negara ini sedang mengalami masalah obesiti.
Jelas KKM, prevalen berlebihan berat badan dalam kalangan orang dewasa adalah 30.4 peratus pada tahun 2019 dan ia meningkat secara mendadak sejak 1996.
Data yang Wanie kongsikan jelas menunjukkan bahawa masalah kegemukan/obesiti di Malaysia semakin serius. Tetapi adakah anda tahu maksud sebenar kegemukan/obesiti?
Okey...sekarang jom! kita tengok apa itu kegemukan/obesiti.
Obesiti bermaksud berlebihan lemak dalam badan yang menyebabkan masalah kesihatan.
Pengiraan Indeks Jisim Badan atau Body Mass Indeks (BMI) digunakan untuk mengklasifikasikan sama ada individu tersebut obes atau tidak.
Formula BMI: Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (m) kuasa dua.
Jika,
- BMI 25kgm-2 dan ke atas kategori berlebihan berat badan.
- BMI 30kgm-2 dan ke atas kategori obes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan