Kebiasaannya obesiti berpunca daripada tabiat makan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Jika tidak menurunkan berat badan, obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik yang tidak berjangkit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jangtung dan lain-lain. Tambahan lagi, obesiti menyebabkan sesuatu penyakit menjadi lebih serius.
Obesiti boleh mengurangkan kualiti hidup kita disebabkan oleh penyakit kronik yang dialami. Apabila sakit sudah tentu kita tidak boleh melakukan aktiviti seharian dengan lancar seperti sebelumnya manakala produktiviti kerja juga akan menurun. Di samping itu, kita perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk merawat penyakit dan membeli ubat-ubatan. Ringkasnya, obesiti akan mengganggu kehidupan dan memberi beban kewangan kepada kita. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi obesiti.
Rajah 1: Gambar hiasan |
Sekarang Wanie kongsikan cara-cara mengatasi obesiti di kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Cara mengatasi obesiti
- Makan secara sihat, mengikut keperluan dan seimbang
- Kerap bersenam
- Urus tekanan/stress dengan bijak
- Hentikan tabiat buruk seperti merokok, minum arak dan makan lewat malam
Rajah 2: Pinggan Sihat |
Rajah 3: Tip turun berat badan |
Bagi kanak-kanak fokus utama adalah untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan makan makanan yang lebih sihat.
- Kanak-kanak perlu melakukan aktiviti fizikal selama 1 jam atau lebih sehari
- Ibu bapa perlu memberi sokongan dan menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak mereka.
- Aktiviti sedentari dihadkan selama 2 jam atau kurang sehari
- Galakkan kanak-kanak untuk makan sayur dan buah-buahan
- Pastikan kanak-kanak makan mengikut masa
- Amalkan makan bersama keluarga
Kesimpulan:
Wanie harap dengan perkongsian post kali ini dapat membantu para pembaca dan keluarga untuk menjadi lebih sihat. Memang tidak mudah untuk mengubah tabiat kurang sihat yang sudah sekian lama kita amalkan. Tetapi tidak mustahil juga untuk kita berubah. Apa orang kata 'No Pain No Gain'. Jadi jom! sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.
Untuk maklumat lanjut berkenaan obesiti tekan link di bawah:
Suka
info kesihatan dan ingin amalkan gaya hidup sihat? Jom! ikuti blog
Wanie sekarang dan kongsikan supaya orang lain juga dapat manfaat.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan