Kata-kata Hikmah

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Tahukah anda?

Malaysia sedang menghadapi masalah beban berganda malpemakanan di mana masalah kekurangan dan berlebihan pemakanan wujud pada masa yang sama. Masalah bantut dan susut di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun, obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan turut meningkat.
 
Justeru Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia (DPKM) telah disemak semula dan diperkukuhkan selari dengan perubahan pesat corak pemakanan dan peningkatan masalah beban berganda malpemakanan di kalangan rakyat Malaysia yang akan mempengaruhi kesejahteraan pemakanan. 
 
Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia beriltizam untuk mencapai, meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan status pemakanan, mengurangkan prevalen penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dan memperkukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan. Ia juga menyokong dan meningkatkan sistem makanan yang lestari bagi pemakanan yang sihat untuk masyarakat. Dasar ini akan menyepadukan, menggembleng tenaga dan menggerakkan strategi-strategi makanan dan pemakanan yang efektif melibatkan pelbagai pemegang taruh yang merentasi semua sektor.
 
Visi:
Kesejahteraan pemakanan untuk bangsa yang sihat.
 
Misi:
  1. Mengurangkan beban berganda malpemakanan dalam kalangan penduduk.
  2. Mempertingkatkan sekuriti makanan dan pemakanan melalui sistem makanan yang mampan.
  3. Memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian pelbagai sektor dalam melaksanakan strategi serta program yang spesifik dan sensitif dengan pemakanan. 

 

Rajah 1 menunjukkan rangka kerja dasar pemakanan kebangsaan Malaysia 2.0

Rajah 1: Rangka Kerja Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2.0
 
 
Rajah 2 menunjukkan butiran lanjut berkenaan isu serta cabaran berkaitan makanan dan pemakanan di Malaysia, strategi untuk menanganinya dan jangkaan keberhasilan daripada strategi tersebut.



Rajah 2: Isu dan Cabaran, Strategi serta Keberhasilan


Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia 1.0 (DPKM 1.0)

DPKM yang pertama telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 2003. Dasar ini bertujuan memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. 
 
Matlamat dasar ini adalah untuk memastikan segenap lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti.
 
Dasar ini juga menggalakkan dan menyokong strategi bagi amalan pemakanan yang sihat melalui gandingan pihak-pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program makanan dan pemakanan yang berkesan dan mampan.

Untuk melaksanakan DPKM ini beberapa Pelan Tidakan Pemakanan Kebangsaaan Malaysia (NPANM) telah dirangka iaitu:
  1. NPANM I (1996-2000)
  2. NPANM II (2006-2015)
  3. NPANM III (2016-2025) 
 
Situasi Pemakanan di Malaysia
 
Rajah 3 menunjukkan kenyataan berkenaan situasi pemakanan di Malaysia. 
 
 
Rajah 3: Situasi pemakanan di Malaysia

 
Status Pemakanan

Laporan daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan sedikit peningkatan bagi prevalen kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun (12.7%) pada tahun 2006 kepada 13.7% pada tahun 2016 dan 14.1% pada tahun 2019. Sama juga bagi prevalen bantut di mana ia menunjukkan peningkatan daripada 17.5% (2006) kepada 20.7% pada tahun 2016 dan 21.8% pada tahun 2019. Namun begitu prevalen susut di kalangan kanak-kanak menunjukkan penurunan iaitu 13.2% (2006), 11.5% (2016) dan 9.7% (2019). Berlainan pula bagi prevalen berlebihan berat badan dalam kalangan kanak-kanak ini di mana terdapat peningkatan dan penurunan daripada 5.8% (2006) kepada 6.0% (2016) kemudian 5.2% (2019).
 
Laporan NHMS juga melaporkan bahawa prevalen bantut di kalangan remaja yang berumur 10-17 tahun menurun daripada 10.1% (2012) kepada 8.2% (2017). Prevalen susut juga menurun daripada 7.4% (2012) kepada 6.6% (2017). Walau bagaimanapun, prevalen berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan mereka masing-masing meningkat daripada 14.6% dan 12.35% (2012) kepada 15.6% dan 14.8% (2017).
 
 
Rajah 4 menunjukkan trend kebangsaan bagi obesiti dan lain-lain penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.


Rajah 4: Trend obesiti dan lain-lain penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan


Rajah 5 menunjukkan prevalen anemia dalam kalangan wanita dalam kumpulan umur reproduktif (15-49 tahun).

Rajah 5: Prevalen anemia dalam kalangan wanita dalam kumpulan umur reproduktif (15-49 tahun)
 
 
Rajah 6 menunjukkan prevalen malpemakanan dan tidak aktif dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Rajah 6: Prevalen malpemakanan dan tidak aktif dalam kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas


Pengambilan Makanan
 
Perubahan zaman mempengaruhi corak pemakanan dan aktiviti fizikal rakyat Malaysia. Kemajuan yang berlaku menyebabkan makanan lebih banyak dan mudah didapati. Satu laporan menyatakan rakyat Malaysia mengambil hampir dua kali ganda kalori, protein dan lemak dalam era kemajuan. Mereka juga lebih banyak makan daging, ikan, minyak, lemak serta pemanis tetapi kurang pengambilan bijirin, legum, buah dan sayur. Selain itu, terdapat banyak kedai makan serta ramai yang makan di luar dan kedai makanan segera pula menjadi pilihan rakyat Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, ramai yang berhijrah ke bandar yang menyebabkan kebergantungan kepada teknologi dan tidak keluar rumah akibat takut keselamatan diri terancam. Situasi ini menjadi antara faktor penurunan aktiviti fizikal di kalangan rakyat Malaysia. Corak pemakanan dan aktiviti fizikal sebegini memberi kesan kepada kesihatan di mana ia meningkatkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkait dengan pemakanan.


Rajah 7 menunjukkan peratus perbelanjaan penduduk Malaysia daripada pendapatan bulanan untuk makanan dan minuman.

Rajah 7: Peratus perbelanjaan penduduk Malaysia daripada pendapatan bulanan untuk makanan dan minuman

 
Rajah 8 menunjukan laporan pengambilan makanan dalam kalangan orang dewasa dan warga emas di Malaysia.

Rajah 8: Laporan pengambilan makanan dalam kalangan orang dewasa dan warga emas di Malaysia

 
Sekuriti Makanan

Maksud sekuriti makanan:


 
Rajah 9 menunjukkan peratusan peningkatan keperluan makanan kerana peningkatan populasi dunia pada tahun 2030.

Rajah 9: Peratusan peningkatan keperluan makanan kerana peningkatan populasi dunia pada tahun 2030

 
Strategi dasar pemakanan kebangsaan Malaysia 2.0

Rajah 10 menunjukkan strategi pemakanan kebangsaan Malaysia 2.0.


Rajah 10: Strategi pemakanan kebangsaan Malaysia 2.0


 
Kesimpulan

DPKM 2.0 wujud untuk menangani isu dan cabaran berkaitan makanan dan pemakanan yang dihadapi oleh penduduk Malaysia. Justeru beberapa strategi telah dirangka supaya dapat mencapai keberhasilan yang diharapkan iaitu status pemakanan dipertingkatkan, beban penyakit tidak berjangkit dikurangkan, sekuriti makanan dan pemakanan diperkukuhkan, komponen pemakanan diintergrasikan ke dalam dasar kebangsaan dan agenda pemakanan diutamakan oleh pemegang taruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

TEMUI KEAJAIBAN TEH HERBA: PERJALANAN PEMULA KE ARAH KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Teh herba telah dilihat semakin meningkat dari segi populariti apabila orang mencari jalan semula jadi untuk mendapat kesihatan yang lebih b...

Catatan Popular