Kata-kata Hikmah

MENJAGA MAKAN DAN MINUM MENGIKUT RASULULLAH S.A.W

Pemakanan Sihat

Pemakanan sihat boleh didefinisikan sebagai amalan makan makanan yang memenuhi keperluan kalori dan nutrien badan seseorang. Keperluan tersebut berbeza bergantung kepada individu mengikut faktor-faktor berikut:

  • Jantina
  • Umur
  • Jenis pekerjaan
  • Aktiviti fizikal
  • Metabolisma badan

Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih. Namun, kita perlu mengutamakan kualiti makanan berbanding kuantiti dalam memilih makanan kerana kualiti sesuatu makanan mengundang manfaat atau keburukan terhadap kesihatan kita. Di samping itu, makanan dan minuman yang masuk ke dalam badan kita bukan sahaja mesti bersih bahkan mestilah daripada sumber yang halal.

 

Rasulullah s.a.w menyarankan beberapa adab menjaga makan dan minum di mana adab-adab tersebut mengandungi hikmah, menjaga kesihatan diri serta memberi keberkatan kepada kita.

Antara saranan rasulullah s.a.w dalam menjaga adab makan dan minum

  1. Membaca bismillah 
  2. Jangan makan dan minum berlebihan
  3. Makan makanan yang berzat dan berkhasiat
  4. Duduk dengan betul
  5. Jangan mencampurkan makanan yang boleh membawa kemudaratan
  6. Minum minuman yang berkhasiat
  7. Dilarang tidur selepas makan
  8. Jangan minum daripada bekas yang pecah dan bernafas ke dalam bekas minuman
  9. Jangan dihabiskan minuman dengan satu teguk
  10. Mengoyak-ngoyak dan memotong-motong makanan yang keras untuk memudahkan mengunyah
  11. Makanan bersih, suci dan halal
  12. Tidak makan makanan yang dipanggang atau disalai
  13. Tidak makan makanan yang disimpan lama atau diperhangatkan
  14. Melarang makan makanan atau minuman yang terlampau panas atau sejuk (ais)
  15. Makan di atas alas dan mengutip makanan yang terjatuh
  16. Tidak digalakkan makan makanan mentah atau yang berbau busuk sama ada kerana diperam atau pun membuatkan mulut berbau busuk
  17. Larangan menghisap rokok kerana memudaratkan diri
  18. Makan atau minum suatu yang memabukkan
  19. Makan secara berjemaah
  20. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang

 

Selain menjaga adab makan dan minum, rasulullah s.a.w mempunyai tatacara pemakanan baginda yang tersendiri. Berikut dikongsikan tatacara pemakanan rasulullah s.a.w. 

Tatacara pemakanan sihat rasulullah s.a.w

  1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
  2. Rasulullah s.a.w melarang meminum susu bersama cuka.
  3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
  4. Rasulullah s.a.w tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
  5. Rasulullah s.a.w memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat seperti gandum atau roti.
  6. Nabi Muhammad s.a.w biasa memakan bijirin barli dan oat.
  7. Baginda juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
  8. Rasulullah s.a.w menggemari sayuran dari jenis mentimun.
  9. Baginda menggalakkan pengambilan madu.
  10. Nabi s.a.w sentiasa mengamalkan banyak meminum air.
  11. Nabi s.a.w melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
  12. Baginda juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
  13. Baca bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan.
  14. Nabi s.a.w juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan.
  15. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
  16. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri.
  17. Makan berjemaah bersama keluarga atau sahabat.
  18. Rasulullah s.a.w melarang meninggalkan makan malam.
  19. Elakkan kekenyangan sebelum tidur.
  20. Berpuasa selama sebulan pada bulan ramadhan.

 

Adakah anda tahu makanan apa yang rasulullah s.a.w suka makan?

Semestinya makanan yang baginda suka adalah yang berkhasiat dan memberi manfaat kepada kesihatan. Baginda lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buahan kerana corak pemakanan sebegini sihat seperti yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Antara makanan yang disukai baginda adalah seperti berikut: 

12 Makanan kegemaran rasulullah s.a.w

  1. Barli
  2. Kurma
  3. Buah tin
  4. Anggur
  5. Madu
  6. Tembikai
  7. Susu
  8. Cendawan
  9. Minyak zaitun
  10. Delima
  11. Sayur mentimun
  12. Minum banyak air

 

Rajah 1: Makanan Sunnah Rasulullah s.a.w

Dalam islam kita dituntut untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai contoh pemakanan sihat. Selain daripada menjaga pemakanan, kita juga perlu melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk memelihara kesihatan badan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang mukmin yang gagah adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah.”

(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w sendiri telah mengamalkan beberapa senaman dalam kehidupan baginda.

Amalan bersenam rasulullah s.a.w

  1. Berlari
  2. Menunggang kuda
  3. Memanah
  4. Berenang
  5. Memepelajari ilmu mempertahankan diri

Senaman memberi kebaikan kepada kesihatan diri. Rajah 2 menunjukkan faedah melakukan aktiviti fizikal secara konsisten.

 

Rajah 2: Faedah Melakukan Aktiviti Fizikal Secara Konsisten

Selain daripada bersenam, rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan beberapa perkara pada setiap waktu.

7 sunnah rasulullah s.a.w yang patut diamalkan

  1. Solat tahajjud
  2. Membaca al-quran
  3. Tidak tinggalkan masjid
  4. Jaga solat dhuha
  5. Jaga sedekah
  6. Jaga wudhuk
  7. Istighfar sepanjang masa


Rajah 3 di bawah menunjukkan cara-cara lain yang diamalkan oleh baginda dalam menjaga kesihatan.

 

Rajah 3: Cara Rasulullah s.a.w. Menjaga Kesihatan


Kesimpulan

Rasulullah s.a.w mempunyai cara tersendiri untuk memastikan baginda sentiasa sihat. Secara umumnya, penjagaan kesihatan baginda merangkumi beberapa aspek seperti pemakanan, aktiviti fizikal dan spiritual. Hal ini selari dengan definisi sihat iaitu satu keadaan yang sempurna baik jasmani, mental dan sosial tidak hanya bebas dari penyakit, kelemahan atau kecacatan (Organisasi Kesihatan Dunia). Oleh itu, kita boleh sihat dan insya Allah kekal sihat dengan mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w dalam aspek pemakanan, aktiviti fizikal dan spiritual di samping mendapat pahala serta keberkatan.

 

Rujukan: Buku Tips Sihat Menurut Sunnah Rasulullah s.a.w. Dikarang oleh Amina Noor. 2015.

 

 

 

 

PANDUAN DIET MALAYSIA 2020

Panduan Diet Malaysia 2020

Panduan Diet Malaysia 2020 disasarkan kepada golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun. Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 mesej utama.
 
Piramid Makanan Malaysia 2020 dalam bentuk bergambar digunakan sebagai terjemahan Panduan Diet Malaysia 2020 bagi memudahkan rakyat Malaysia memahami dan mengamalkan pemakanan sihat.

 
Panduan Diet Malaysia
Rajah 1: Panduan Diet Malaysia 2020

 

 Mesej utama Panduan Diet Malaysia 2020

  • Mesej utama 1

Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan sajian seperti Piramid Makanan Malaysia 2020.

Piramid Makanan Malaysia
Rajah 2: Piramid Makanan Malaysia 2020

  •  Mesej utama 2

Capai dan kekalkan berat badan yang sihat.

Kira BMI anda menggunakan formula berat (kg) bahagi (tinggi x tinggi dalam meter).

Kategori BMI bagi orang dewasa capai dan kekalkan berat badan yang sihat
Rajah 3: Kategori BMI bagi orang dewasa

  • Mesej utama 3

Aktif secara fizikal setiap hari.

Jadikan 10 000 langkah sehari sebagai sasaran.

Manfaat 1000 langkah
Rajah 4: 1000 langkah

  • Mesej utama 4

Masak makanan berkhasiat lebih kerap di rumah dan pilih makanan yang sihat apabila makan di luar.

Masakan sihat:

  1. Kukus
  2. Rebus
  3. Sup
  4. Bakar
  5. Panggang
 
Masak makanan berkhasiat lebih kerap di rumah dan pilih makanan yang sihat apabila makan di luar
Rajah 5: Contoh hidangan sihat

  • Mesej utama 5

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah.

Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah
Rajah 6: Kumpulan sayuran dan buahan

  • Mesej utama 6

Makan secukupnya nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian iaitu 3-5 sajian.

Makan secukupnya nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian iaitu 3-5 sajian
Rajah 7: Kumpulan bijirin dan karbohidrat

  • Mesej utama 7

Makan ikan, daging, ayam, telur dan legum dalam jumlah yang sederhana.

Ikan: 1 sajian

Ayam/telur/daging: 1-2 sajian

Legum: 1 sajian

Makan ikan, daging, ayam, telur dan legum dalam jumlah yang sederhana
Rajah 8: Kumpulan protein

  • Mesej utama 8

Ambil susu dan produk tenusu secukupnya mengikut saranan iaitu 2 sajian.

Ambil susu dan produk tenusu secukupnya mengikut saranan iaitu 2 sajian
Rajah 9: Kumpulan susu dan produk tenusu

  • Mesej utama 9

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan hadkan pengambilan lemak tepu.

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan hadkan pengambilan lemak tepu
Rajah 10: Makanan yang tinggi lemak dan lemak tepu

  • Mesej utama 10

Pilih dan sediakan makanan yang kurang garam, sos dan perisa tambahan.

Pilih dan sediakan makanan yang kurang garam, sos dan perisa tambahan
Rajah 11: Petua kurangkan garam semasa memasak

  • Mesej utama 11

Hadkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman.

Hadkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman
Rajah 12: 7 langkah bijak mengurangkan pengambilan gula


  • Mesej utama 12

Minum banyak air (6-8 gelas air kosong) setiap hari. 1 gelas adalah 250ml.

6 kebaikan minum air kosong
Rajah 13: 6 kebaikan minum air kosong

  • Mesej utama 13

Makan makanan dan minuman yang selamat dan bersih.

5 kunci keselamatan makanan
Rajah 14: 5 kunci keselamatan makanan

  • Mesej utama 14

Guna maklumat pemakanan pada label secara efektif.

 

Guna maklumat pemakanan pada label secara efektif
Rajah 15: Ada apa pada label?

 

Kesimpulan:

Peningkatan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia amat mebimbangkan. Oleh itu diharap 14 mesej utama panduan diet Malaysia 2020 dapat membantu para pembaca untuk mengamalkan gaya hidup sihat supaya menghalang diri daripada menghidap penyakit kronik yang tidak berjangkit dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup anda sekeluarga.

 

Rujukan: Bahagian Pemakanan KKM



TENAGA DAN KALORI

Apakah itu tenaga dan kalori?

Kalori adalah tenaga yang dihasilkan daripada pembakaran makanan dalam badan. Nilai kalori menggunakan unit kcal. Manusia memerlukan tenaga/kalori untuk aktiviti-aktiviti berikut:

  • Pengekalan suhu badan
  • Metabolisma badan
  • Tumbesaran
  • Aktiviti fizikal

 

Faktor-faktor keperluan kalori

Setiap individu memerlukan jumlah kalori yang berbeza. Hal ini kerana keperluan kalori dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:

  • Jantina
  • Umur
  • Kadar metabolisma badan
  • Aktiviti fizikal

Jantina: Lelaki vs Wanita

Lelaki memerlukan lebih kalori berbanding wanita kerana lelaki mempunyai lebih otot daripada wanita.

Umur: Muda vs Tua

Remaja perlukan kalori lebih tinggi berbanding warga emas disebabkan oleh keperluan untuk tumbesaran.

Kadar metabolisma badan

Individu yang mempunyai kadar metabolisma badan tinggi memerlukan lebih banyak kalori berbanding individu yang mempunyai kadar metabolisma badan rendah.

Aktiviti fizikal

Keperluan kalori adalah lebih tinggi bagi individu yang aktif daripada individu yang sedentari atau kurang aktif. 


Kesan pengambilan kalori yang berlebihan

Walau bagaimanapun, pengambilan kalori perlu dikawal supaya tidak melebihi daripadan keperluan. Kalori yang berlebihan menyebabkan masalah kesihatan seperti:

  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit jantung
  • Beberapa jenis kanser

Kesan kekurangan kalori

Kurang pengambilan kalori juga memberi kesan negatif kepada kesihatan kerana boleh menyebabkan perkara berikut:

  • Kurang berat badan atau susut
  • Kurang mendapat zat makanan 
  • Masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak

Jika kekurangan kalori ini berlaku dalam tempoh yang lama, individu tersebut akan mengalami masalah kekurangan zat makanan yang lebih serius.

 

Keperluan kalori

Nak tahu keperluan kalori anda?

Mari guna kaedah ‘Quick Method’ (Kaedah pantas)

Langkah 1 : Perlu tahu Indeks Jisim Tubuh (IJT) / BMI, berat badan ideal dan tahap aktiviti fizikal anda.

Langkah 2 : Tentukan keperluan kalori dengan formula berikut :

  1. Berat badan semasa (kg) didarabkan dengan faktor seperti Jadual 1 mengikut status berat badan dan aktiviti fizikal.
  2. Tambah 400-600 kcal/hari sekiranya perlu peningkatan berat badan atau tolak pengambilan tenaga jika sebaliknya. (Tidak sesuai untuk pesakit tenat).

Contoh pengiraan:

Siti berusia 30 tahun dengan berat badan 72kg, ketinggian beliau adalah 160cm dan BMI pula 28.1kg/m2. BMI Siti menunjukkan beliau mengalami lebih berat badan. Siti seorang telefonis yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.

Jadi, keperluan kalori Siti adalah :

72kg x 30 (Faktor F) = 2160 kcal sehari

Disebabkan Siti berlebihan berat badan, tolakkan 500kcal daripada jumlah kalori yang telah diperolehi iaitu :

2160kcal – 500kcal = 1660kcal ? 1800 kcal*

*Siti perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif.

 

Jadual 1 : Faktor F Bagi Penentuan Kalori Untuk Orang Dewasa

 

Lebih Berat Badan

Berat Badan Normal

Kurang Berat Badan

Aktiviti Sedentari

20 – 25 kcal/kg

30 kcal/kg berat badan

30 kcal/kg berat badan

Aktiviti Sederhana

35 kcal/kg berat badan

35 kcal/kg berat badan

Aktiviti Berat

40 kcal/kg berat badan

40 kcal/kg berat badan

 

Rujukan pengiraan kalori:  http://www.myhealth.gov.my/ketahui-keperluan-kalori-anda/

 

Kesimpulan

Penting untuk memastikan pengambilan kalori dalam keperluan supaya keseimbangan tenaga dapat dicapai iaitu pengambilan tenaga sama dengan penggunaan tenaga dan seterusnya menghalang timbulnya masalah berlebihan dan kekurangan kalori. Perlu diingat juga makanan yang diambil harus selari dengan Piramid Makanan Malaysia kerana membantu mengoptimumkan pengambilan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. 

Berikut adalah contoh menu mengikut jumlah kalori.

contoh menu mengikut jumlah kalori
Rajah 1: Menu 1500kcal

contoh menu mengikut jumlah kalori
Rajah 2: Menu 1800kcal

contoh menu mengikut jumlah kalori
Rajah 3: Menu 2000kcal

contoh menu mengikut jumlah kalori
Rajah 4: Menu 2500kcal

Rujukan contoh menu mengikut jumlah kalori:  http://www.myhealth.gov.my/ketahui-keperluan-kalori-anda/


 

Catatan Terbaru

TEMUI KEAJAIBAN TEH HERBA: PERJALANAN PEMULA KE ARAH KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Teh herba telah dilihat semakin meningkat dari segi populariti apabila orang mencari jalan semula jadi untuk mendapat kesihatan yang lebih b...

Catatan Popular