Kata-kata Hikmah

PEMAKANAN SELEPAS BERSALIN

Pemakanan semasa berpantang

Selepas melahirkan anak, tubuh wanita perlu pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menghasilkan susu. Berat badan wanita semasa kehamilan meningkat untuk membantu membina bekalan bagi proses pemulihan dan penyusuan.

Jadi jika anda seorang wanita yang telah melahirkan anak, apa yang anda patut makan semasa berpantang untuk pulih dan memenuhi keperluan penyusuan bayi? 

Berikut merupakan amalan pemakanan selepas kelahiran:

  • Amalkan pemakanan sihat seperti semasa hamil.
  • Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan kaya protein, kalsium dan zat besi.
  • Ambil pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan seperti Piramid Makanan Malaysia 2020. 

 

Menu berpantang
Rajah 1: Contoh-contoh menu selepas bersalin

📍Anda perlu beri perhatian kepada zat besi dan kalsium.

Pemakanan semasa berpantang: Zat besi 

  • Untuk menggantikan kehilangan semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang.

Sumber: Daging, hati, kekacang, sayuran, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis.

❗Jika anda mengalami anemia, perlu ambil supplement zat besi. 

 

Rajah 2: Sumber zat besi

 

 

Kurang darah merah
Rajah 3: Maklumat tentang anemia

Pemakanan semasa berpantang: Kalsium

  • Keperluan kalsium meningkat semasa menyusukan bayi.
  • Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak mencukupi, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan.

Sumber: Susu dan hasil tenusu seperti keju, yogurt.

❗Jika anda alah kepada susu boleh ambil:

  • Ikan dalam tin seperti sardin, ikan tongkol dan tuna.
  • Ikan bilis.
  • Bijirin penuh dan tepung bijirin penuh.
  • Tauhu dan susu soya.
  • Sayuran berdaun hijau.
  • Kekacang dan buahan kering seperti kacang walnut, badam, kismis, kurma dan buah ara yang dikeringkan.

 

Sumber kalsium
Rajah 4: Sumber kalsium
 

Makanan yang tidak harus diambil dan perkara yang tidak harus dilakukan semasa berpantang:

  • Had pengambilan kopi dan alkohol.
  • Elak merokok.

Bahan yang terkandung dalam kopi, alkohol dan toksin lain, nikotin, dadah boleh masuk ke dalam susu ibu.


Kopi
Rajah 5: Kopi

 
Sebab untuk berhenti merokok dan tip mengatasi ketagihan merokok
Rajah 6: Sebab untuk berhenti merokok dan tip mengatasi ketagihan merokok

Suka info kesihatan dan ingin amalkan gaya hidup sihat? Ikuti blog Sihat dan Yakin sekarang dan kongsikan kepada yang lain supaya kita dapat manfaat bersama.

 

'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA' 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

BANGKITKAN TENAGA PAGI ANDA: 5 RESIPI MINUMAN YANG MENYEGARKAN UNTUK MEMULAKAN HARI

Adakah anda penat mencapai secawan kopi tambahan untuk memulakan pagi anda? Bagaimana jika mencuba sesuatu yang berbeza untuk memberi tenaga...

Catatan Popular